YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah ke myKP Kuala Sat. Dalam lawatan ini, Beliau telah melepaskan 500 ekor benih ikan kelah dan 28 500 ekor benih ikan lampam sungai bernilai RM 19,250.00 yang disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok dan menanam anak pokok pancuran emas .
Sebelum itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi taklimat ringkas myKP oleh En. Johari bin Tim Ketua Cawangan Pengembangan Dan Komuniti Perikanan, dan taklimat kesedaran konservasi perikanan darat oleh Mohamad Hafiz Mushidi bin Shakori Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Pejabat Perikanan Negeri Pahang.
Turut hadir sama dalam majlis ini Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Ruzaidi bin Mamat serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.