Pilih satu Halaman

Sebanyak 1 Ribu Ekor Benih Ikan Kelah Merah Dilepaskan di Taman Negara

Utama » Aktiviti » Sebanyak 1 Ribu Ekor Benih Ikan Kelah Merah Dilepaskan di Taman Negara

7 September 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melepaskan 1 Ribu Ekor Benih Ikan Kelah Merah di Santuari Kelah, Lubuk Tenor Taman Negara Pahang pada hari ini.

Benih Ikan Kelah Merah telah disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok yang bernilai RM 25,000.00.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia turut diberi taklimat ringkas oleh En. Muhamad Azizi bin Mustapa Timbalan Penguasa Taman Negara Pahang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Selain itu, Aktiviti pelepasan ikan ini juga turut dapat mewujudkan potensi kerjasama penyelidikan dan iventori perikanan darat antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan Perhilitan.

Turut hadir sama dalam majlis ini Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Ruzaidi bin Mamat serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.