YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan hadir Program Ramah Mesra YBhg. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama myKP Kuala Sat, Jerantut, Pahang.
Dalam ucapan Ketua Pengarah Perikanan, beliau berharap satu hari nanti myKP kuala Sat akan tersenarai dalam peta pelancongan negara. Aktiviti yang dijalankan myKP Kuala Sat adalah penjualan ikan, santuari ikan sungai, perkhidmatan menyelusuri Sungai Sat, aktiviti perkhemahan, trekking dan berkayak.
Selain itu, Program yang berlangsung selama dua hari pada 7 September hingga 8 September 2024 telah menjalankan aktiviti pelepasan ikan, sukan rakyat, dan kenduri kampung bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti.
Turut hadir sama dalam majlis ini Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Ruzaidi bin Mamat serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.