Pilih satu Halaman

Program Tanggungjawab Sosial Korporat *CSR) “Semarak Komuniti”- Melindungi Alam, Menjaga Warisan” bersama MyKomuniti Perikanan (MyKP) Merchang.

Utama » Aktiviti » Program Tanggungjawab Sosial Korporat *CSR) “Semarak Komuniti”- Melindungi Alam, Menjaga Warisan” bersama MyKomuniti Perikanan (MyKP) Merchang.

22 Ogos 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, telah merasmikan Program (CSR) Persatuan Kerang-kerangan Malaysia (MSS) bersama myKP Merchang, Marang, Terengganu.

Program ini mempunyai kepentingan yang besar dalam usaha memelihara alam sekitar dan sumber perikanan tempatan. Selain itu juga dapat menekankan nilai-nilai warisan tempatan yang perlu dipelihara agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah gotong-royong di sekitar jeti myKPMerchang dan juga pelepasan 100 ekor anak penyu agar spesis Chelonia mydas, penanaman 40 pokok bakau sebagai simbolik program CSR, 2,000 ekor benih Ketam Nipah (Scylla paramamosain) dan 2,000 ekor anak ikan Siakap (Lates calcarifer) di perairan Merchang ini yang bertujuan untuk meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti perikanan seterusnya dapat mengukuhkan sumber perikanan sebagai sumber makanan bagi tujuan keterjaminan makanan negara dan membantu menjana sosio ekonomi masyarakat setempat.

Turut hadir sama, YBhg. Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Ahli Kehormat Persatuan Kerang-kerangan Malaysia (MSS), merangkap Felo Penyelidik Utama Bahagian Penyelidikan –Animal and Environmental Adaptation (AEA), Institut Adaptasi dan Bioteknologi Marin (ICAMB), Universiti Malaysia Terengganu, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Ketua Program CSR MyKP Merchang selaku Timbalan Presiden MSS Merangkap Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, YBrs. Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah, Presiden Persatuan Kerang-kerangan Malaysia merangkap Pengarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. En. Zulkifly bin Isa, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, Terengganu, YBrs. Puan Zaidhuha binti Omar, Naib Presiden, Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.