Pilih satu Halaman

Program Rintis Pintar Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh

Utama » Aktiviti » Program Rintis Pintar Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh

17 Ogos 2024

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Program Rintis Pengukuhan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) di Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh, Pagalungan Nabawan, Sabah.

Sistem tagal ini merupakan program konservasi sumber perikanan melalui penglibatan komuniti yang mampu memelihara dan menjaga ekosistem sungai malah menjadi sumber makanan penduduk setempat dan juga bakal menjadi tarikan ekopelancongan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menyumbang keperluan bantuan bernilai RM40,000 dalam bentuk infrastruktur pelancongan seperti pembinaan tandas awam, peralatan dan benih ikan asli manakala Jabatan Perikanan Sabah turut menyumbang bantuan bernilai RM20,000 kepada 12 Jawatankuasa Tagal Pensiangan.

Turut diadakan pelepasan benih ikan lampam sungai sebanyak 2,850 ekor bersaiz 4 inci sumbangan Jabatan Perikanan Malaysia bertujuan memulihara spesies ikan dalam meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti.

Hadir sama, Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Azhar Kassim, Pengarah Perikanan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai perikanan Negeri Sabah dan Putrajaya.