Pilih satu Halaman

Program Rasa-Rasa Akuakultur Negeri Terengganu

Utama » Aktiviti » Program Rasa-Rasa Akuakultur Negeri Terengganu

27 Julai 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain telah merasmikan Program Rasa-rasa Akuakultur Negeri Terengganu sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) & Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HSLPT) tahun 2024 yang berlangsung di Dataran Pekan Jabi, Besut.

Dalam program ini YBhg. Dato’ Adnan telah menyampaikan mock-cheque bagi penerima bantuan PPSPA, SPeKS Akuakultur dan SPeKS Pengembangan Perikanan dan telah mencuba merasai produk makanan berasaskan ikan susu.

Program ini mampu memperkukuhkan industri akuakultur dengan matlamat menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan menjadikan ikan akuakultur sebagai pilihan utama selain daripada ikan laut.

Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Muhammad Faizan bin Che Othman, Ketua Penolong Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri.