Pilih satu Halaman

Program Ramah Mesra Persatuan Penternak Ikan Air Payau Laguna Semerak bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Utama » Aktiviti » Program Ramah Mesra Persatuan Penternak Ikan Air Payau Laguna Semerak bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

17 Februari 2024

17 Februari 2024 | Pasir Puteh, Kelantan

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia hadir ke program ramah mesra Persatuan Penternak Ikan Air Payau Laguna Semerak (PPILS) di Pasir Puteh, Kelantan.

Seramai 35 orang penternak berada dalam naungan PPILS yang menjalankan ternakan ikan air payau daripada spesis ikan kerapu hibrid, siakap putih, dan siakap merah. Sebanyak 1400 petak sangkar ikan air payau bersaiz bersaiz (10’X20′).

Dalam pertemuan ini, beliau telah mencadangkan kepada persatuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke penternak sangkar ikan di kawasan lain. Selain itu, pihak persatuan juga berhasrat untuk memohon dan mendapatkan khidmat nasihat tentang persijilan myGAP .

Turut hadir sama dalam program ini En. Nazri bin Ishak Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, En. Ruzaidi bin Mamat Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia