Pilih satu Halaman

Program Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-Rasa Akuakultur

Utama » Aktiviti » Program Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-Rasa Akuakultur

10 Ogos 2024

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, merasmikan Pesta Mengoca myKP Sungai Jerneh dan Demonstrasi Masakan Rasa-rasa Akuakultur di Estet Ikan Kampung Sungai Jerneh, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Program yang mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta ini berjaya menarik 400 orang pengunjung dan peserta terdiri daripada masyarakat tempatan.

Estet Ikan yang dikendalikan oleh myKP Sungai Jerneh merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan oleh DOF bagi meningkatkan kadar pengeluaran ikan air tawar, terutama di kawasan tanah terbiar yang berpotensi untuk dimajukan bawah seliaan sebuah komuniti dengan sokongan bekalan benih ikan dari DOF.

Pada program yang sama turut diadakan penyampaian cek cura daripada DOF sebanyak RM 117,180.00 diberikan kepada tujuh orang penternak dan nelayan daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YB Dato’ Mohd Isam bin Hj Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin, YB Tuan Suhaimizan Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan En Daing Muhamad Rahimi bin Abd Hamid, Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin.