Pilih satu Halaman

Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan Sasar, Libat Urus bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia & Rasa-rasa Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Pahang

Utama » Aktiviti » Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan Sasar, Libat Urus bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia & Rasa-rasa Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Pahang

25 November 2024

Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Malaysia merasmikan Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan, Libat Urus bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia & Rasa-rasa Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Pahang di Dewan Permata Camar, Kuantan.

Dalam ucapan, beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memfokuskan terhadap pengeluaran akuakultur yang berkualiti tinggi, berorientasikan pasaran, dan selamat melalui pensijilan myGAP. Langkah ini memastikan produk perikanan negara mematuhi standard keselamatan dan kualiti antarabangsa. Sebagai contoh, bantuan benih udang putih sebanyak 150,000 ekor telah diberikan kepada penternak di Kampung Cempaka, bersama latihan dan sokongan teknologi untuk meningkatkan produktiviti.

Selain itu, DOF turut mengambil langkah proaktif dalam memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perikanan. Dari tahun 2022 hingga 2024, Jabatan telah menyalurkan bantuan input peralatan bernilai RM80,000 kepada empat usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di Kampung Cempaka. Bantuan ini diharapkan meningkatkan kecekapan, hasil, dan pendapatan pengusaha tempatan.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan sijil KJP sesi 2024/2024 serta hadiah pertandingan mewarna dan memasak kepada pemenang.

Hadir sama, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, dan En. Abdullah bin Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.