Pilih satu Halaman

Program Pembangunan Profiling Kompetensi Kepimpinan Pengurusan Pertengahan (MLEAP) Gred 52 Jabatan Perikanan Malaysia.

Utama » Aktiviti » Program Pembangunan Profiling Kompetensi Kepimpinan Pengurusan Pertengahan (MLEAP) Gred 52 Jabatan Perikanan Malaysia.

16 Februari 2024

16 FEBRUARI 2024 I BANGI

Program Pembangunan Profiling Kompetensi Kepimpinan Pengurusan Pertengahan (MLEAP) Gred 52 Jabatan Perikanan Malaysia telah diadakan pada 13 hingga 15 Februari 2024 bertempat di Institut Semarak Felda, Bangi, Selangor. Seramai 23 pegawai Gred G52 dari pelbagai Bahagian, Negeri dan Institut telah hadir ke program ini. Program dianjurkan Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama INTAN Bukit Kiara.

Program program didehkan dengan kemahiran kepimpinan, peningkatan kemahiran komunikasi, pengurusan konflik, membuat keputusan dan kemahiran strategik pengurusan yang lain.

Pelaksanaan program dilaksanakan dengan penilaian dari sudut Butiran Profil Peribadi (Curriculum Vitae,CV), Maklumat Penilaian Psikologi / Personaliti, English Assessment dan Maklumat Temuduga Kompetensi Kepimpinan.

Majlis perasmian penutupan program ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Bohari Bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) pada 15 Februari 2024.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia