Pilih satu Halaman

Program Pembangunan Profil Kompetensi Kepimpinan Gred G12 Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Program Pembangunan Profil Kompetensi Kepimpinan Gred G12 Jabatan Perikanan Malaysia

25 Februari 2025

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan telah melaksanakan Program Pembangunan Profil Kompetensi Kepimpinan Gred G12 Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama pihak Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di bawah Program Penilaian Kepimpinan Strategik (PPKS) telah membangunkan profil kompetensi yang lengkap merangkumi 4 elemen utama iaitu Profil Peribadi (Curriculum Vitae,CV), Ujian Psikometrik, Penilaian Bahasa Inggeris dan Temuduga Kompetensi Kepimpinan menggunakan modul E-LEAP (Executive Leadership Assessment Programme).

Program ini adalah satu program khusus yang dibangunkan bagi tujuan mengenal pasti pegawai-pegawai yang telah memenuhi kriteria dan kompetensi yang telah ditetapkan terutama dari segi kualiti kepimpinan. Seramai 30 orang Pegawai Perikanan Kanan dari Gred G12 dari telah menghadiri Program ini berlangsung pada 25 hingga 27 Februari 2025 yang lalu di Institut Semarak Felda, Bangi.