Pilih satu Halaman

Program Pelepasan Benih Udang Galah ke Perairan Umum, Penyerahan Lesen Sampan Khas, Bantuan Speks Akuakultur dan Bantuan Bakul Makanan MAFI Prihatin di Masjib Tanah, Melaka.

Utama » Aktiviti » Program Pelepasan Benih Udang Galah ke Perairan Umum, Penyerahan Lesen Sampan Khas, Bantuan Speks Akuakultur dan Bantuan Bakul Makanan MAFI Prihatin di Masjib Tanah, Melaka.

4 September 2021

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) amat komited bertindak sebagai pemacu dalam sektor perikanan bagi memastikan keperluan bekalan protein negara mencukupi unuk keperluan rakyat Malaysia.

Permintaan terhadap sumber protein ini akan terus meningkat bergantung kepada keperluan dan populasi penduduk.

Namun begitu, jaminan bekalan ikan makan akan terus menjadi cabaran besar kepada jabatan akibat beberapa faktor antaranya; perubahan iklim, kenaikan harga input, liberalisasi kewangan dan persaingan bahan makanan.

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan program Pelepasan Benih Udang Galah di Perairan Umum yang dilepaskan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, (Timbalan Menteri 1 MAFI(, YBhg. Dato’ Haslina bin Abdul Hamid (Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makan), YB Datuk Wira Haji Ghazale bin Mohamed (Timbalan Speaker DUN Melaka) dan En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly (Ketua Pengarah Perikanan Malaysia) .

Tujuan program di perairan umum adalah bagi menambah dan mengekalkan stok udang galah, melindungi stok ikan asli, memperkenalkan perikanan rekreasi sebagai salah satu aktiviti utama dalam perairan yang berdekatan dengan bandar serta membangunkan perusahaan pelancongan berasaskan perikanan rekreasi.

Sebanyak 100,000 ekor benih udang galah dilepaskan pada hari ini dengan peruntukan sebanyak RM14,000.00.

Bermula dari Januari 2021 hingga hari ini, sebanyak 176,100 benih ikan dan 300,000 ekor benih udang telah berjaya dilepaskan.

Jumlah keseluruhan mencatatkan sebanyak 476,100 ekor benih ikan dan udang telah dilepaskan ke perairan umum bagi manfaat penduduk setempat khususnya.

YBTM 1 turut menyerahkan lesen sampan khas kepada nelayan sepenuh masa yang telah memenuhi kriteria-kriteria bagi permohonan lesen sampan khas.

Semua pemohon yang layak dilesenkan ini telah menghadiri temuduga yang dijalankan oleh Pejabat Perikanan Negeri Melaka.

Seramai 34 orang nelayan daerah Alor Gajah telah menerima Sijil Lesen Sampan Khas yang disampaikan pada hari ini.

Selain program perikanan laut, akuakultur juga telah dikenalpasti sebagai salah satu sumber utama dalam meningkatkan pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik.

Bagi meningkatkan lagi industri akuakultur negeri Melaka, Perikanan Negeri Melaka telah memberi bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur kepda 46 orang penternak dan nelayan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,237,101.00.

Antara bantuan yang diperolehi adalah makanan ikan, benih ikan dan peralatan akuakultur termasuk sangkar dan rak kupang.

MAFI melalui Jabatan telah mewujudkan satu program inisiatif kerajaan yang melibatkan penyerahan bantuan makanan iaitu MAFI Prihatin yang berupa bekalan makanan hasil daripada aktiviti pertanian dan produk makanan.

Program seumpama ini dapat membantu mereka yang terkesan khususnya petani, peladang, penternak dan nelayan.

Pelaksanaanya juga adalah selari dengan seruan kerajaan bagi mempertingkatkan sekuriti makanan negara.

Penyerahan bakul makanan MAFI Prihatin kepada 45 Nelayan Darat Negeri Melaka dilakukan oleh YBTM 1 dalam majlis yang sama.

Turut hadir dalam majlis hari ini adalah YBhg. Dato’ Haslina bin Abdul Hamid (Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makan), YB Dato’ Ts. Kamel bin Mohamad (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka), YB Datuk Wira Haji Ghazale bin Mohamed (Timbalan Speaker DUN Melaka), Datuk YB Datuk Norhizam Bin Hassan Baktee (EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Melaka), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin (Ahli Parlimen Masjid Tanah), YB Datuk Ar Hj. Ismail bin Hj. othman (Adun Linggi), YB Datuk Amiruddin Yusof (Adun Ayer Limau), dan YB Datuk Hj. Md Rawi bin Mahmud (Adun Tanjung Bidara).

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan