Pilih satu Halaman

Program Pelepasan Benih Ikan Kelab Golf Diraja, Kuantan Pahang

Utama » Aktiviti » Program Pelepasan Benih Ikan Kelab Golf Diraja, Kuantan Pahang

20 Ogos 2024

Sebanyak 20,000 ribu ekor benih ikan lampam sungai dan 1 ribu ekor benih ikan tilapia telah dilepaskan ke Kolam Rekreasi, Kelab Golf DiRaja Pahang. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia,

Program Pelepasan Benih ikan ke perairan umum dijalankan sebagai salah satu usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia untuk menguruskan sumber perikanan darat di Malaysia. Ini juga dapat menambah stok perikanan seterusnya meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti.

Turut hadir YH. Dato’ Suhaimi bin Sulong, DIMP.,SMP.,AMN.,PPN.,BKT.,PJK., Ahli Majlis-Majlis Bandaraya Kuantan, En Abdullah Bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang serta pegawai-pegawai jabatan.