Pilih satu Halaman

Program Pelepasan Anak Penyu

Utama » Aktiviti » Program Pelepasan Anak Penyu

10 Mei 2025

YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyempurnakan Program Pelepasan 250 ekor anak Penyu Agar di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dalam memelihara spesies penyu yang semakin terancam di Malaysia dan bukan sahaja bertujuan memulihkan populasi penyu di perairan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan spesies terancam dan keperluan melindungi alam sekitar.

Turut hadir sama dalam program ini, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Pang Anak Nyukang, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.