Pilih satu Halaman

Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Tahun 2025

Utama » Aktiviti » Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Tahun 2025

21 Mac 2025

Alhamdulillah, satu program yang penuh bermakna telah berlangsung di ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia. Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), dengan kerjasama PUSPANITA dan KESUSIP, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Bubur lambuk yang dimasak dengan penuh kasih sayang ini telah diagihkan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia kepada semua kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia. Semoga program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga dapat berkongsi rezeki serta memberi keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT. 🌙✨