Pilih satu Halaman

Program Madani Rakyat Zon Tengah 2024.

Utama » Aktiviti » Program Madani Rakyat Zon Tengah 2024.

25 Februari 2024

25 Februari 2024 I Kuala Selangor

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melawat reruai Jabatan Perikanan Malaysia di Pavilion Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sempena Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang sedang berlangsung dari 23 hingga 25 Februari 2024 di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Program MADANI Rakyat merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada Kementerian kementerian di peringkat Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi peringkat negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan.

Program seperti ini juga mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia