Pilih satu Halaman

Program Kesedaran dan Pemuliharaan Penyu Bersama Bumi Armada Berhad

Utama » Aktiviti » Program Kesedaran dan Pemuliharaan Penyu Bersama Bumi Armada Berhad

20 Disember 2023

Program ini telah dilancarkan oleh En. Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Pusat, dan para pegawai DOF Pahang. Program ini juga mendapat kehadiran wakil pensyarah dan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan.

Antara aktiviti dalam program ini termasuk taklimat ringkas berkaitan dengan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating, serta aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan hatcheri dan tempat persarangan penyu.

Untuk makluman, PKPP Cherating akan ditutup kepada orang awam sehingga 8 April 2025 bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan kompleks pusat yang baharu.