Pilih satu Halaman

Program Bicara Santai Sempena Karnival Maritim Perkasa di Kuala Terengganu.

Utama » Aktiviti » Program Bicara Santai Sempena Karnival Maritim Perkasa di Kuala Terengganu.

29 Februari 2024

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) iaitu Encik Wan Muhammad Aznan Bin Abdullah telah menjadi panel jemputan di dalam progrm Bicara Santai Sempena Karnival Maritim Perkasa.

Karnival yang julung kalinya berlansung di Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu adalah bersempena Hari Ulang Tahun APMM ke-19 yang bermula pada 29 Februari 2024 sehingga 2 Mac 2024. Salah satu pengisian Karnival Maritim Perkasa adalah program Bicara Santai yang bertajuk “Seni Warisan Dunia Kelautan” yang bertujuan untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat kepada orang ramai berhubung kepentingan menjaga warisan dunia kelautan dan ke arah penguatkuasa maritim yang lebih baik.

Turut hadir bersama sebagai panel adalah Komander Maritim Hasbullah dari Ibu Pejabat APMM Putrajaya dan Kepten Maritim Muhammad Ariz Bin Kasim juga dari Ibu Pejabat APMM Putrajaya yang bertindak sebagai moderator dalam program tersebut.