Pilih satu Halaman

Pertemuan Libat Urus Bersama Nelayan: Peningkatan Sektor Perikanan di Daerah Pekan, Pahang

Utama » Aktiviti » Pertemuan Libat Urus Bersama Nelayan: Peningkatan Sektor Perikanan di Daerah Pekan, Pahang

18 November 2023

Pejabat Perikanan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Libat Urus bersama Komuniti Nelayan Daerah Pekan di Pejabat Perikanan Daerah Pekan, Pahang. Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Kehadiran YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, telah disambut oleh En. Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang. Seramai kira-kira 50 orang dari komuniti nelayan Daerah Pekan telah turut serta dalam sesi libat urus ini.

Dalam sesi libat urus ini, antara isu-isu yang dibincangkan termasuk isu lesen sampan khas, pencerobohan zon tangkapan ikan dan nelayan tanpa lesen, subsidi minyak dan elaun sara hidup nelayan, bot pukat tunda musim tengkujuh beroperasi di luar musim dan kawasan yang dibenarkan, peningkatan harga peralatan menangkap ikan, dan kesukaran permohonan tanah TOL oleh penternak akuakultur.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia turut menyerahkan bantuan benih ikan tilapia sebanyak 20,000 ekor kepada 10 orang penternak akuakultur daerah Pekan. Sumbangan benih ikan ini berasal daripada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Bukit Tinggi.

Pihak jabatan mengharapkan kerjasama dari semua pihak dalam usaha untuk menguruskan sumber perikanan secara mampan serta membangunkan sektor perikanan di Malaysia.

Banner Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia