Pilih satu Halaman

Pertandingan Sukan Antara Bahagian-Bahagian Perikanan Sempena Kejohanan Futsal Piala Ketua Pengarah Perikanan

Utama » Aktiviti » Pertandingan Sukan Antara Bahagian-Bahagian Perikanan Sempena Kejohanan Futsal Piala Ketua Pengarah Perikanan

1 Disember 2023

Jabatan Perikanan Malaysia baru-baru ini menganjurkan Kejohanan Futsal untuk merebut Piala Ketua Pengarah Perikanan. Kejohanan ini berlangsung di Padang Futsal Presint 18, Putrajaya, dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan.

Dalam kejohanan ini, dua piala utama dipertandingkan, iaitu juara futsal untuk lelaki dan juara penalti untuk wanita. Keseluruhan, terdapat 9 kumpulan yang mewakili setiap Bahagian Perikanan di ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya, yang turut serta dalam saingan ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), En. Pang Anak Nyukang, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, serta pegawai-pegawai Perikanan yang menyertai untuk menyemarakkan lagi kejohanan futsal ini.