Pilih satu Halaman

Persidangan Pengurusan Kewangan Tahun 2024 – 2025 Jabatan Perikanan Malaysia di Hotel Seri Pacific.

Utama » Aktiviti » Persidangan Pengurusan Kewangan Tahun 2024 – 2025 Jabatan Perikanan Malaysia di Hotel Seri Pacific.

29 Februari 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyempurnakan majlis penutup Persidangan Pengurusan Kewangan Tahun 2024 – 2025 Jabatan Perikanan Malaysia yang berlangsung pada 26 – 29 Februari 2024 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Persidangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan dan pemahaman yang lebih terperinci berkaitan penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun 2025 agar ia dapat disediakan dengan lebih tepat dan teratur mengikut program yang telah dirancang berdasarkan susunan keutamaan mengikut format yang ditetapkan.

Seramai 140 orang peserta yang terdiri daripada pengarah-pengarah negeri, pengarah bahagian, pegawai-pegawai perikanan dan pembantu tadbir (kewangan).