Pilih satu Halaman

Perjumpaan Bersama Nelayan Pantai Remis Berhubung Isu Pukat dan Unjam

Utama » Aktiviti » Perjumpaan Bersama Nelayan Pantai Remis Berhubung Isu Pukat dan Unjam

22 Disember 2023

Satu perjumpaan berlangsung pagi tadi di Pusat Pengembangan Perikanan, Kampung Acheh, Manjung, antara Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Syarikat CGG Services Malaysia Sdn. Bhd., pemegang kontrak untuk Projek Perolehan Data Seismik Selat Melaka MCD. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan isu pukat dan unjam yang telah dipotong oleh Kapal Peninjau Kajian Seismik.

Pihak CGG memberikan penjelasan terperinci mengenai kaedah pengumpulan pukat dan unjam yang menghalang laluan kapal seismik. Keputusan-keputusan penting telah dicapai, dan nelayan bersetuju untuk menyediakan data yang diperlukan oleh CGG. Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Encik Mohd Ghazali bin A Manap, Pengarah Perikanan Negeri Perak.

Turut hadir dalam program ini adalah YB Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas, YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, En Muhammad Hanan Fathullah, CGG Malaysia Sdn. Bhd, Tn Hj Mohd Idris, Annur Marine Sdn. Bhd, Pn. Norul Fahiezah bt Salehhuddin, Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Perak, Ipoh, dan Pn. Nur Erna Liyana, Ketua Cawangan Konservasi & Perlindungan Perikanan Perak, Kg. Acheh.