Pilih satu Halaman

Perhimpunan Bulanan & Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan 2025

Utama » Aktiviti » Perhimpunan Bulanan & Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan 2025

28 April 2025

Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkumpul dalam suasana penuh muhibah sempena Perhimpunan Bulanan dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri. Majlis ini bukan sahaja memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan warga kementerian, malah mempererat silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia.

Lebih 2,000 warga kementerian memeriahkan majlis yang berlangsung serentak dengan perhimpunan bulanan Kementerian.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Tuan Haji Mohamad Sabu, yang menyampaikan amanat penting kepada seluruh warga Kementerian.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah dinobatkan sebagai Pemenang Reruai Tercantik, melalui persembahan reruai bertemakan RUSTIK yang mengenengahkan elemen semulajadi, klasik, lusuh dan kasual. Tema ini dipilih kerana ianya lebih dekat dengan konsep hari raya di Malaysia itu sendiri yang secara turun temurun cenderung ke arah mengenang asal usul atau dalam erti kata lain lebih ke arah tradisional sekaligus menyerlahkan keindahan warisan budaya tempatan dalam suasana sambutan Syawal.