Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, menyampaikan amanat tahun 2025 bertempat di Dewan Arowana, Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya. Bertemakan Memperkasa Keupayaan, Meningkatkan Pengeluaran dan Memelihara Sumber yang akan dipacu melalui penggunaan teknologi moden dan mekanisasi. Jabatan Perikanan Malaysia juga akan memperkukuh kerjasama dengan pelabur asing melalui Polisi Pelaburan (FDI) untuk membangunkan ladang akuakultur berteknologi tinggi yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Adnan juga menekankan konsep “Bahagia @ DoF” yang membicarakan kebahagiaan dan pekerjaan, kedua-dua konsep ini adalah saling berkait untuk menjadikan jabatan lebih cemerlang.
Turut hadir dalam perhimpunan ini, YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, pengarah-pengarah bahagian, pengarah-pengarah perikanan negeri, pengarah-pengarah institut penyelidikan perikanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.