Pilih satu Halaman

Perbincangan Mengenai Hala Tuju Industri Perikanan Tangkapan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM di Putrajaya.

Utama » Aktiviti » Perbincangan Mengenai Hala Tuju Industri Perikanan Tangkapan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM di Putrajaya.

13 Februari 2024

Telah berlangsungnya mesyuarat perbincangan Mengenai Hala Tuju Industri Perikanan Tangkapan Bersama YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini.

Perbincangan ini lebih tertumpu kepada isu Statistik Semasa Perikanan (nelayan, vesel, tangkapan, nilai, IUU dan lain-lain), Dasar Semasa, Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Semasa (Kajian Impak), Isu-Isu Berkaitan Jabatan, Persatuan serta Pemain Industri dan Cadangan Rantaian Ke Hadapan.

Turut hadir, Ybhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, Tn. Hj. Bohari bin Hj. Leng, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengarah – pengarah Bahagian serta Pegawai – pegawai Perikanan.