Pilih satu Halaman

Perasmian Seminar Penyelidikan Konservasi dan Perlindungan Perikanan di Cyberjaya.

Utama » Aktiviti » Perasmian Seminar Penyelidikan Konservasi dan Perlindungan Perikanan di Cyberjaya.

6 Mac 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menganjurkan Seminar Penyelidikan Konservasi dan Perlindungan Perikanan yang berlangsung di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Seminar ini bertujuan menggalakkan lebih ramai penyelidik tempatan untuk bersama-sama terlibat dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mapan 2030 atau SDG, dengan Matlamat ke-14 yang telah menggariskan obligasi negara untuk melindungi sekurang-kurangnya 10% kawasan pantau dan marin, seiring dengan undang-undang negara dan antarabangsa.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan dihadiri oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai universiti, jabatan dan agensi kerajaan.