Pilih satu Halaman

Penyerahan Lesen Sampan Khas, Bantuan SPeKS Akuakultur dan Bantuan Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah di Umbai, Melaka.

Utama » Aktiviti » Penyerahan Lesen Sampan Khas, Bantuan SPeKS Akuakultur dan Bantuan Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah di Umbai, Melaka.

2 Oktober 2021

Seramai 53 orang nelayan telah menerima lesen sampan khas dalam di Umbai, Melaka hari ini. Majlis 3 dalam 1 itu turut memberi bantuan Speks Akuakultur kepada 18 orang nelayan dari Daerah Melaka Tengah dan Bantuan Projek Dana Jaminan Makanan (DJM). Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah bersama Ketua Setiausaha MAFI, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly.Keseluruhan, seramai 46 orang penternak dan nelayan telah menerima bantuan yang bermanfaat ini dengan jumlah peruntukan adalah sebanyak RM1,237,101.00.Objektif bantuan ini adalah untuk memastikan Key Perfomance Index (KPI) data pengeluaran ikan makan negara tercapai khususnya bagi negeri Melaka yang mensasarkan 4,000 tan metrik bagi tahun 2021. Selain itu, bantuan ini juga secara tidak langsung dapat membantu penternak-penternak akuakultur negeri Melaka untuk terus berdaya saing dalam bidang akuakultur.Manakala bagi program DJM pula ia bertujuan umtuk mewujudkan peluang pekerjaandsn jugabmenggalakkan pengeluaran hasil sektor pertanian organik yang berkualiti serta selamat untuk dimakan bagi menampung keperluan bekalan makanan harian. Peruntukan sebanyak RM334,500.00 telah disalurkan kepada Negeri Melaka di bawah DJM bagi myKomuniti Perikanan (myKP) tahun 2021. Seramai 109 orang penerima yang terdiri daripada komuniti nelayan layak menerima bantuan ini. Penyerahan bantuan disampaikan kepada myKP Merlimau bagi Projek Pemprosesan Ikan Kering dengan jumlah peruntukan RM44,500.00. Bantuan yang disalurkan adalah seperti rumah pengering ikan, freezer, plastik pembungkusan, tong insulasi, sealer, label sticker produk dan meja kerja.Turut hadir sama pada program ini adalah YB Datuk Norhizam bin Hassan Baktee, Exco Pertanian Negeri bersama En. Mohd Fauzi bin Salehon, Pengarah Perikanan Negeri Melaka.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan