Pilih satu Halaman

Penerimaan Sijil Penghargaan MyGDX Ekosistem Perkongsian Data Sektor Awam oleh Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Penerimaan Sijil Penghargaan MyGDX Ekosistem Perkongsian Data Sektor Awam oleh Jabatan Perikanan Malaysia

19 Disember 2023

Jabatan Perikanan Malaysia dengan bangganya mengumumkan penerimaan Sijil Penghargaan MyGDX Ekosistem Perkongsian Data Sektor Awam daripada MAMPU. YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) dan Ketua Pegawai Digital Jabatan Perikanan Malaysia, telah menerima sijil tersebut daripada Datuk Haji Rodzi Bin Md Saad, Ketua Pengarah MAMPU, dalam satu majlis yang diadakan di Le Meridien Putrajaya.