Pilih satu Halaman

Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030 & Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi oleh Menteri Pertanian & Industri Makanan di Labuan.

Utama » Aktiviti » Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030 & Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi oleh Menteri Pertanian & Industri Makanan di Labuan.

22 November 2021

Enam teras utama yang telah diberi perhatian khusus oleh MAFI di dalam Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021 – 2030 meliputi :-Teras 1: Pematuhan Instrumentasi Domestik Dan Antarabangsa Perikanan Laut Dalam Dan Tuna.Teras 2: Pembangunan Spesifikasi Vesel Dan Peralatan Serta Penetapan Kuota Tuna.Teras 3: Pembangunan Dan Peningkatan Teknologi Perikanan Tuna.Teras 4: Pembangunan Sistem Pengurusan, Kawalan, Dan Profil Industri Perikanan Tuna.Teras 5: Peningkatan Kapasiti Pengawalseliaan Perikanan Tuna.Teras 6: Peningkatan Kualiti Pasca Tuai Dan Nilai Tambah Perikanan Tuna.Manakala bagi Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi, objektif utama pelan ini dibangunkan adalah untuk meningkatkan pendaratan tuna dari perairan Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi, memangkin pembangunan industri tuna melalui pelaburan swasta, membangunkan industri perikanan tuna secara mapan dan memenuhi piawaian antarabangsa, membangunkan modal insan dalam perikanan tangkapan dan pemprosesan tuna dan memantapkan sistem pengembangan dan pembangunan teknologi.Pada bulan Oktober lepas, MAFI juga telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) bertujuan antara lainnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selain mengutamakan sekuriti serta nutrisi makanan negara. DAN 2.0 juga mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan negara untuk lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.Bagi tujuan ini, Kerajaan telah memperuntukkan Dana Pembiayaan untuk Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan sebanyak 150 juta ringgit dengan agihan 100 juta ringgit untuk Zon A dan Zon B, manakala 50 juta ringgit untuk perluasan skop Zon C dan C2. Sehingga kini, terdapat 265 permohonan dengan nilai pembiayaan 108 juta ringgit telah diperakui di peringkat DOF. Daripada jumlah pembiayaan tersebut, 92 juta ringgit adalah untuk pembiayaan program pemodenan manakala 16 juta ringgit lagi untuk pembiayaan program mekanisasi.Turut serta Ketua Pengarah Perikanan Perikanan, Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly, AMK, Setiausaha Bahagian Industri Tanaman Ternakan dan Perikanan MAFI, En. Mazlan Bin Othman, Pengarah Perikanan W.P. Labuan, En. Faizal Ibrahim bin Suhaili, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, En. Godfery Kissey dan Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) Malaysia, En Mohd Mohtar Bin Mahamud.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan