Pilih satu Halaman

Parlimen Malaysia; 07 Ogos 2024. Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Kelima Belas Bil.12 Tahun 2024

Utama » Aktiviti » Parlimen Malaysia; 07 Ogos 2024. Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Kelima Belas Bil.12 Tahun 2024

7 Ogos 2024

Jabatan Perikanan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan NAHRIM telah berkesempatan untuk membentangkan secara mendalam mengenai Antimicrobial Resistance (AMR) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan. Peluang ini digunakan untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan yang relevan, serta membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani cabaran AMR yang semakin mendesak ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai (Pengerusi). Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat ialah YB Tuan Oscar Ling Chai Yew (Ahli Parlimen Sibu), YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar (Ahli Parlimen Batu Pahat), YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Ahli Parlimen Kuala Langat), YB Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Ahli Parlimen Tanjong Karang) dan YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak (Ahli Parlimen Kuala Nerus), YB Puan Young Syefura binti Othman (Ahli Parlimen Bentong) dan YB Dato’ Adnan bin Abu Hassan (Ahli Parlimen Kuala Pilah).

Sesi taklimat berkaitan inisiatif yang dilaksanakan mengenai kerintangan antimikrob (Antimicrobial Resistance-AMR) oleh :
1) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
2) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
3) Institut Penyelidikan Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Jangan biarkan mikroogranisma kebal (kerintangan antimikrob) mengambil alih! Mari bersatu menangani isu AMR bagi memperkasakan sekuriti makanan negara. Ayuh menjadi pengguna yang bijak, bertanggungjawab dan berhemah.