YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyermpurnakan majlis perasmian Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2025 yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia DOF) dengan Kerjasama Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan (MSAE) di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKPM), Putrajaya pada hari ini.
Dalam ucapan beliau menekankan keperluan segera untuk melaksanakan transformasi sektor pertanian dan agromakanan secara menyeluruh melalui adaptasi teknologi moden dan pintar seperti automasi, mekanisasi, Internet Benda (IoT), dan bioteknologi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Konvensyen yang bertemakan “Agro Teknologi Pemacu Pengeluaran Makanan Negara” ini telah menghimpunkan lebih 180 pemain industri, penyelidik, pembuat dasar serta ahli akademik bagi membincangkan hala tuju teknologi dan inovasi dalam menjamin keterjaminan makanan negara mampan dan berdaya tahan. Program ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh kolaborasi antara sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi dalam memperkasakan kejuruteraan pertanian dan makanan.
Turut Hadir sama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Puan Yeo Moi Eim Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Prof. Ts. Dr. Rosnah binti Shamsudin Presiden Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan (MSAE) dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.