PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Mesyuarat Terhimpun PUSPANITA kali ke-41 di Dewan Arowana hari ini.
Mesyuarat ini telah dirasmi dan dipengerusikan oleh YBhg. Datin Hajah Yusaniza binti Md. Yunus, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan Laporan Program dan Aktiviti PUSPANITA DOF tahun 2024, Laporan Kewangan PUSPANITA DOF tahun 2024 dan Perancangan Program dan Aktiviti PUSPANITA DOF tahun 2025.
Hadir sama YBrs. Puan Yeo Moi Eim, Timbalan Pengerusi I dan YBhg. Datin Hajah Roslija binti Hashim Timbalan Pengerusi II PUSPANITA DOF.