Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001-2015 Jabatan Perikanan Malaysia
Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti telah mempengerusikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001-2015 Jabatan Perikanan Malaysia di Wisma Tani, Putrajaya.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan bagi memastikan ia masih sesuai, berkesan dan mencukupi.
Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi memenuhi keperluan pelanggan melalui peningkatan berterusan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada kehendak dan jangkaan pelanggan.
Turut hadir, Puan Shamila binti Zainol Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, En. Mohamed Rizal bin Mustafa @ Mustapha Bahagian Khidmat Pengurusan serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.