Pilih satu Halaman

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama DOF–MYSA Membincangkan Penerusan dan Penambahbaikan

Utama » Aktiviti » Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama DOF–MYSA Membincangkan Penerusan dan Penambahbaikan

5 Disember 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Projek Kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Bil. 1/2023 di Wisma Tani, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) dan Pengerusi Bersama, Gs. Tuan Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia.

Mesyuarat Pemandu ini merupakan platform di mana Jawatankuasa ini ialah jawatankuasa tertinggi dalam pelaksanaan projek. Tugas utamanya adalah untuk memutuskan strategi dan hala tuju projek serta memantau pelaksanaan projek secara keseluruhan.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk menyambung projek kerjasama dalam tempoh 5 tahun lagi iaitu sehingga 2028 sepertimana yang diputuskan semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemandu Bil.1/2022 pada 13 Oktober 2022 di Kompleks Operasi Angkasa, MYSA pada tahun 2024. Selain itu, pihak MYSA turut membuat demo prototaip sistem Sistem Pengurusan Perikanan Bersepadu Berasaskan Teknologi Angkasa (Sistem MyDOFGiS).

Kehadiran termasuk YBrs. En. Adnan bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, Para Pegawai Kanan MYSA, para Pegawai Kanan serta Pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.