Majlis turut dihadiri YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Pengerang.Program bantuan ini merupakan salah satu inisiatif dan keprihatinan KPKM melaluiLembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk membantu masyarakat nelayan bagi meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup dan musibah. Dalam majlis in beberapa bantuan dan inisiatif telah disampaikan seperti berikut Bantuan Elan Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada 408 orang nelayan khususnya dari kawasan Pengerang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 122,400.00, Lesen sampan khas kepada 47 orang nelayan kategori A di Johor, Bantuan banjir sebanyak RM200 dan ‘Food Basket’ bagi 10 orang nelayan yang terkesan akibat banjir serta bantuan jaket keselamatan kepada 465 nelayan Pengerang, Johor.YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 juta bagi pembinaan groin dan kerja-kerja membuang mendapan di Kompleks LKIM Pengerang, Kota Tinggi, Johor.Turut hadir dalam majlis ini, YBhg Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Yusoff bin Othman, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, YBhg. Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Pegawai-Pegawai Kanan KPKM dan Kerajaan Negeri Johor serta nelayan – nelayan daerah Pengerang.
