Pilih satu Halaman

Majlis Sambutan Hari Kualiti Peringkat Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) 2024

Utama » Aktiviti » Majlis Sambutan Hari Kualiti Peringkat Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) 2024

20 November 2024

Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti Peringkat IPP di Auditorium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR), Batu Maung, Pulau Pinang.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Haji Adnan turut menggalakkan penyelidik-penyelidik untuk terus menghasilkan penulisan berkualiti dan menyertai pertandingan yang dapat memperkukuhkan lagi kualiti penyelidikan serta inovasi dalam bidang perikanan. Beliau juga menekankan bahawa penyelidikan yang cemerlang merupakan asas kepada kemajuan sektor perikanan negara yang mampan.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan tujuh kategori Anugerah Kualiti, antaranya Anugerah Ruang Kerja Terbaik, Anugerah Pemindahan Teknologi Perikanan Terbanyak, Anugerah Reviewer Penyelidikan Terbanyak, Anugerah Inovasi Perikanan Terbanyak, Anugerah Penerbitan Kertas Penyelidikan Terbanyak, Anugerah Pembentangan Kertas Saintifik Terbanyak, dan Anugerah Jumlah Likes Terbanyak. IPP Glami Lemi telah mencatat kejayaan cemerlang dengan memenangi lima anugerah yang dipertandingkan.

Turut hadir dalam majlis ini, Dr. Azhar Hamzah, Pengarah Kanan IPP Batu Maung, Dr. Kua Beng Chu, Timbalan Pengarah Kanan IPP, Cik Zarina Zainuddin, Pengarah Perikanan Pulau Pinang, serta pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, dan kakitangan IPP.