Pilih satu Halaman

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Rakan Media

Utama » Aktiviti » Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Rakan Media

21 Januari 2024

21 JANUARI 2024 I RAWANG, SELANGOR

Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Rakan Media

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan meluangkan maas melawat ARC Berkat Agrofood Sdn Bhd, pemenang Anugerah Penternak Cemerlang (Kategori Ikan Air Tawar) 2023 sempena program Santai Akuakultur Yang Berhormat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Media.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat perkembangan semasa sektor penternakan akuakultur di negeri Selangor yang bertepatan dengan salah satu hala tuju Kementerian iaitu memperkasakan industri akuakultur yang terus menyumbang kepada sumber perikanan negara.

Pengeluaran akuakultur bagi Negeri Selangor dari tahun 2020 shingga 2023 adalah sebanyak 90,800.05 tan metrik dengan nilai RM1.25 billion dan pada tahun ini Jabatan Perikanan Selangor menyasarkan pengeluaran akuakultur sebanyak 30,347.70 tan metrik. Pengeluaran bagi tahun 2023 melalui penternakan air tawar sebanyak 19,279.33 tan metrik melibatkan 147 penternak, penternakan air payau 2543.40 tan metrik dengan 183 penternak manakala penternakan ikan hiasan mencatatkan pengeluaran 546,438 ekor melibatkan 18 penternak dan 30 penternak bagi 155,226,208 benih kerang.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor serta Pegawai – pegawai Perikanan Negeri Selangor.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia