Pilih satu Halaman

Majlis Perutusan Amanat Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sufian Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

Utama » Aktiviti » Majlis Perutusan Amanat Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sufian Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

11 Januari 2022

Dalam perutusan tersebut, YBhg Tuan Haji Sufian menjelaskan bahawa seluruh warga DOF harus menfokuskan dua sektor utama iaitu sektor perikanan tangkapan dan akuakultur. Tambah beliau, sasaran utama jabatan menjelang tahun 2030 adalah 60% daripada sektor tangkapan (2.55 juta t.m) dan 40 % daripada akuakultur. Manakala bahagian-bahagian lain berperanan dalam menyokong bagi percapaian pertumbuhan pengeluaran bagi kedua-dua sektor tersebut. Menurutnya lagi, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.82 bilion bagi MAFI bagi tujuan perbelanjaan mengurus sebanyak 3.28 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.54 bilion. Di bawah perbelanjaan mengurus, MAFI telah menerima RM1.7 bilion bagi pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian serta perikanan untuk tahun 2022. Daripada jumlah tersebut, RM150 juta dikhususkan bagi intensif hasil tangkapan nelayan. DOF merupakan jabatan yang menguruskan sumber perikanan bagi memastikan bekalan sumber makanan berasaskan ikan dan makanan laut yang lain adalah terjamin bagi jangka masa panjang. Turut berlangsung penyerahan sumbangan prihatin banjir #keluargaperikanan anjuran PUSPANITA DOF, KESUSIP, AKRABDOF2U, Bahagian Khidmat Pengurusan dan semua Pejabat Perikanan Negeri.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan