Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan telah menganjurkan Majlis Perundingan Industri (MPI) Laut Dalam di Kuantan, Pahang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
MPI ini dihadiri oleh pemain-pemain industri laut dalam khususnya melibatkan vesel C2 dari seluruh Malaysia. Sebanyak 5 kertas telah dibentangkan di MPI ini.
Majlis diteruskan dengan Pelancaran Sistem Identifikasi Vesel (SIV) melalui teknologi imbasan kod QR (Quick Response Code) yang dipasang di vesel Penangkapan Ikan Laut Dalam (Zon C2). SIV dibangunkan oleh DOF sejak tahun 2020 bagi menentukan ketulenan vesel tempatan dengan kos sebanyak RM602,500 dan diperluaskan sehingga tahun 2024 dengan penambahbaikan dari segi ketahanan dan reka bentuk keselamatan tahan lasak terhadap perubahan cuaca serta persekitaran marin.
Pelancaran SIV membantu DOF dalam membanteras perikanan Illegal, Unreported & Unregulated (IUU) di Malaysia seperti isu pengklonan vesel tempatan dan ketirisan sumber perikanan ke negara jiran dapat dibendung. Ini terbukti melalui kes tangkapan yang berlaku pada bulan Januari tahun 2022 lalu di negara Thailand melibatkan lima buah vesel tempatan yang ditahan oleh penguatkuasa di negara tersebut, dimana pengecaman empat buah vesel penangkapan ikan tempatan tersebut telah dikenal pasti oleh DOF dan disahkan melalui plat Kod QR yang dipasang ke atas vesel tersebut.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Haji Adnan bin Hussain berkata DOF akan mewajibkan pemasangan dan pelaksanaan Kod QR ke atas semua vesel Zon C2 bermula tahun 2026 dan seterusnya akan diaplikasikan pemasangan kepada vesel penangkapan ikan Zon C
Hadir sama ke program, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), En Abdullah Bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, serta pengarah-pengarah negeri dan kakitangan jabatan.