Pilih satu Halaman

Majlis Perhimpunan Bulanan Januari Jabatan Perikanan Malaysia 2024

Utama » Aktiviti » Majlis Perhimpunan Bulanan Januari Jabatan Perikanan Malaysia 2024

23 Januari 2024

23 JANUARI 2024 I WISMA TANI, PUTRAJAYA

Majlis Perhimpunan Bulanan Januari Jabatan Perikanan Malaysia 2024

Telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Januari Jabatan Perikanan Malaysia 2024 di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.

Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain menyampaikan amanat aspirasi tahun baharu 2024 kepada seluruh warga jabatan dan berharap supaya tahun ini akan menjadi lebih produktif dan efisyen dengan memperkasakan industri akuakultur bagi mencapai sasaran 500,000 tan metrik pada tahun ini.

Majlis diteruskan dengan Tayangan Video Sorotan Kejayaan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan Tahun 2023, seterusnya pelancaran Reben Khidmat kepada Tn. Haji Bohari Bin Haji leng, Timbalan ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan Tuan Sukri Bin Deris, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi Dan Perlindungan Perikanan, Penyerahan Sijil Lama Berkhidmat Perikanan, Tayangan Video Hala Tuju Sumber Perikanan Tangkapan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Piala Ketua Pengarah Perikanan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Haji Abdul Halim Bin Marzuki, Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, pengarah-pengarah negeri dan bahagian serta warga Jabatan Perikanan secara fizikal dan maya.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia