Pilih satu Halaman

Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2023 Mengiktiraf Bakti dan Kejayaan Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2023 Mengiktiraf Bakti dan Kejayaan Jabatan Perikanan Malaysia

5 Disember 2023

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada setiap warga jabatan atas bakti sepanjang tahun 2023. Beliau juga berharap agar semangat ini dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi pada tahun yang akan datang.

Majlis diteruskan dengan Tayangan Video Sorotan Kejayaan DOF 2023, seterusnya Pelancaran Buku Garis Panduan Rumah Operasi Sangkar, Penyerahan Kenderaan Baharu Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Perikanan Malaysia, Penyerahan Sijil Port Inspektor, dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Futsal Piala Ketua Pengarah Perikanan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tn. Haji Bohari Bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti, pengarah-pengarah negeri dan bahagian, serta warga Jabatan Perikanan secara fizikal dan maya.