Pilih satu Halaman

Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2024 Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2024 Jabatan Perikanan Malaysia

9 Disember 2024

Bertempat di Menara Wisma Tani, telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia.

Dalam ucapan YBhg. Dato’Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berkata buat pertama kalinya pengusaha dibawah Jabatan Perikanan, Syarikat ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd yang dimiliki oleh agropreneur Mohd Hafiz Bin Nordin yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor terpilih sebagai Penerima Anugerah Perdana sempena Agro Award Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Tahun 2024. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kakitangan jabatan atas usaha mereka dalam membimbing dan menyokong agropreneur ke arah kejayaan.

Majlis diteruskan dengan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Jabatan Perikanan, Malaysia, Pelancaran Buku coffe Table Pulau Perhentian, Penyampaian Sijil MS ISO/IEC 17025 Pusat Biosekuriti Tunjang Kedah, Penyampaian Sijil Pakar Pukat, Penyampaian Hadiah Pertandingan Pingpong Sempena Sambutan Hari Sukan Negara dan Penyampaian Bqantuan Banjir 2024.

Turut Hadir dalam majlis ini YBhg Dato’Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan serta pengarah-pengarah kanan, pengarah-pengarah bahagian dan kakitangan jabatan.