Pilih satu Halaman

Majlis Perasmian Showcase Teknologi MARDI 2023 (Show-Tech MARDI 2023) telah berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang, Selangor yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohammad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Utama » Aktiviti » Majlis Perasmian Showcase Teknologi MARDI 2023 (Show-Tech MARDI 2023) telah berlangsung di Dewan A, MAEPS Serdang, Selangor yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohammad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

25 Ogos 2023

Ketua Pengarah MARDI, YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, pameran bertemakan ‘Peneraju Inovasi Agroteknologi’ itu bertepatan dengan mandat MARDI dalam menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan teknologi dan inovasi dalam bidang pertanian.Seterusnya, MARDI telah melancarkan empat teknologi dan inovasi MARDI seperti dua Teknologi Biosensor – IoT untuk pengesanan pantas penyakit padi dan IoT pengesanan pantas Aflatoksin B1 pada jagung bijian, Produk makanan menggunakan teknologi HPP sebagai Teknik Baharu pengawetan makanan dan Pakej teknologi makanan sedia dimakan(Ready-to-eat) menggunakan teknologi retort. Turut hadir bersama YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Dr. Azman bin Ismail, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah perikanan (Pembangunan) serta Pegawai – pegawai Jabatan dan Masyarakat setempat.

Terkini

Banner Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia