Persatuan Persara Pembantu Perikanan Malaysia (Alumni FA) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali kedua yang berlangsung di Tanjung Kling, Melaka dengan tujuan untuk membentangkan laporan tahunan serta melaksanakan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi tempoh tahun 2025.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada para pesara yang hadir.
Beliau berkata, Pesara Pembantu Perikanan perlu aktif dalam menjalin kerjasama dengan Jabatan Perikanan dalam setiap aktiviti berkaitan perikanan supaya dapat mengukuhkan lagi hubungan antara alumni dan jabatan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti perikanan. Beliau juga berharap agar persatuan ini kekal relevan dan berdaya saing sebagai saranan untuk masa depan.
Turut hadir, Tuan Haji Zakaria Ab Rahman, Pengerusi Persatuan Pesara Pembantu Perikanan Malaysia serta Tuan Haji Harbit Hussin Karem Bax, Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Pembantu Perikanan Malaysia.