YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke Pangkalan Perlindungan Sumber Bandar Hilir, Melaka bagi menyempurnakan majlis penyerahan sebuah bot peronda 10 meter baharu untuk Jabatan Perikanan Malaysia.
Jabatan Perikanan Malaysia terus komited memastikan perairan taman laut kekal selamat dan bebas daripada aktiviti perikanan haram. Penyerahan bot penguatkuasaan terkini kepada Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Dan Konservasi & Perlindungan Perikanan Negeri Melaka merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh rondaan, pemantauan dan kawalan aktiviti perikanan di Taman Laut Melaka.
Seterusnya, Ketua Pengarah Perikanan melawat ke Pusat Informasi Pulau Besar Melaka dan diberi penerangan oleh YBrs. En Hairulzamani bin Othman Pengurus Kanan Perancangan Perindustrian Perbadanan Melaka tentang industri pelancongan dan peluang mengadakan kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia bersama Perbadanan Melaka di Pulau ini.
Turut hadir YBrs, En Abdullah bin Jaafar Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, YBrs. En. Nawar bin A Karim, Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan dan Konservasi & Perlindungan Perikanan Negeri Melaka dan Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.