YBhg, Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan dan Penghargaan Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi sesi 2023/2024 di Park Inn by Radisson, Putrajaya pada hari ini.
Majlis ini dilaksanakan adalah untuk menghargai sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh ahli Jawatankuasa AKRAB Jabatan dalam menjayakan program psikologi kaunseling sepanjang tahun 2023 hingga 2024 dan peserta Program Pementoran Kepimpinan tahun 2024.
Beliau turut menyampaikan sijil pentauliahan sebagai ahli AKRAB Jabatan Perikanan Malaysia yang telah selesai menjalani Kursus Pra AKRAB tahun 2023.
Hadir sama dalam majlis ini, YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti dan Pengarah – pengarah Bahagian dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.