Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berbesar hati menyokong Majlis Penganugerahan Organisasi Konservasi, Mission Blue Award 2025, yang diadakan sempena Ekspo Diving, Resort & Travel (DRT) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Anugerah ini diberikan kepada tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi mereka dalam pemuliharaan ekosistem marin di Malaysia.
Majlis ini disempurnakan oleh YBrs. Puan Yeo Moi Eim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, yang menekankan peranan penting NGO dalam menjalankan promosi advokasi, meningkatkan kesedaran masyarakat, serta memantau ekosistem marin secara berterusan.
Ekspo Diving, Resort & Travel (DRT) 2025, yang berlangsung dari 21 hingga 23 Februari 2025, menjadi platform penting dalam menghimpunkan pakar industri, penyelam, penggiat ekopelancongan, serta pencinta alam sekitar.
Turut hadir, Encik Pang Anak Nyukang, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan serta pegawai perikanan ibu pejabat.