Pilih satu Halaman

Majlis Peluncuran Wajah Baharu AKUATAR

Utama » Aktiviti » Majlis Peluncuran Wajah Baharu AKUATAR

20 November 2024

Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan hari ini merasmikan Majlis Peluncuran Wajah Baharu Akuarium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR) di Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung, Pulau Pinang

Pelancaran wajah baharu AkuaTAR merupakan usaha bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai pemuliharaan ekosistem akuatik negara. Penambahbaikan yang dilaksanakan termasuklah peningkatan infrastruktur akuarium, ruang pameran yang lebih luas, serta teknologi baharu dalam pameran yang membolehkan pengunjung lebih mendalam memahami keunikan serta kepelbagaian spesies akuatik Malaysia.

AkuaTAR kini menempatkan hampir 123 spesies ikan dalam 19 tangki air tawar, enam tangki ikan larangan import, 26 tangki ikan marin, lapan tangki tumbuhan akuatik, serta pelbagai spesimen awet dan empat kolam sentuh. Selain pameran akuatik, rangka ikan paus Bryde sepanjang 40 kaki turut menjadi salah satu tarikan utama bagi para pengunjung.

Ketua Pengarah Perikanan meluangkan masa melawat ke AkuaTAR bagi melihat pelbagai spesies akuatik yang dipamerkan. Penerangan telah disampaikan oleh Pengurus AkuaTAR, Encik Kaharudin bin Md Saleh,

Jabatan Perikanan Malaysia mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas peruntukkan naiktaraf AkuaTAR daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Hadir sama, YBrs. Dr. Annuar bin Mohamed, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Negeri Pulau Pinang, Dr. Azhar Hamzah Pengarah Kanan IPP Batu Maung, Dr. Kua Beng Chu Timbalan Pengarah Kanan IPP, Cik Zarina Zainuddin, Pengarah Perikanan Pulau Pinang, pengarah-pengarah IPP, pegawai-pegawai dan kakitangan IPP.