Pilih satu Halaman

Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024

Utama » Aktiviti » Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024

9 Jun 2025

YBhg. Dato’ Haji Adnan bib Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, telah menghadiri majlis peluncuran laporan interim banci pertanian 2024 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.

Banci Pertanian 2024 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bertujuan untuk mendapatkan data asas yang komprehensif bagi sektor
pertanian.

Bagi sektor akuakultur melibatkan penternakan ikan, udang, kerang-kerangan, dan rumpai laut di kawasan air tawar, payau serta laut. Banci Pertanian 2024 menunjukkan jumlah pengeluaran keseluruhan bagi ikan marin dan ikan air tawar adalah sebanyak 484.3 ribu tan metrik manakala bagi baka dan benih ikan serta ikan hiasan adalah 6.5 bilion ekor.

Hadir bersama ke majlis ini adalah YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Bin Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci Pertanian.