Pilih satu Halaman

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Logistik Ninja Cold

Utama » Aktiviti » Majlis Pelancaran Perkhidmatan Logistik Ninja Cold

19 Februari 2025

YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia telah merasmikan majlis pelancaran perkhidmatan logistik Ninja Cold dari Ninja Van Malaysia yang merupakan perkhidmatan penghantaran makanan sejuk beku seluruh Malaysia.

Bagi memperluaskan pasaran produk sejuk beku ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) turut menyokong pelancaran Perkhidmatan Logistik Ninja Cold ini dalam memastikan penghantaran yang efisien, sekali gus mengekalkan kesegaran dan kualiti produk usahawan IAT. Inisiatif ini memberi kelebihan kepada usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas dengan sistem pengangkutan yang lebih cekap dan terkawal.

Turut hadir pada majlis ini, Mr. Lin Zheng, Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia serta Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor.